Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Raga menanti pecah.

Takrif

Perkara kecil yang akan menimbulkan bencana yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak menanti [= mencari, tanda akan] belah [= pecah]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jaras dikatakan raga jarang.

Takrif

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Takrif

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Retak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah).

Takrif

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak menanti belah, b. Raga menanti pecah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.



Lihat selanjutnya...