Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Abang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Raga berisi bunga bawang, Bawang Bali di kedai Cina; Hati adik sudah tertawan, Ikut abang barang ke mana.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pecah-pecah sepak raga, Tentang sepak kusepak juga; Tujuh bilah keris di dada, Tentang kulekuk kulekuk juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua tiga kusepak raga, Datang sepak kusepak juga; Dua tiga keris di dada, Datang lekuk kulekuk juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pinang tua beraga-raga, Pinang muda lebihlah lagi; Orang tua ngada-ngada, Orang muda lebihlah lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pinang tua beraga-raga, Pinang muda bertemu hati; Orang tua mengada-ngada, Orang muda apa lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.



Lihat selanjutnya...