Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Ini raga. *Ini raga Rafi. *Raga Rafi ada tali. *Di dalam raga ada ubi. *Rafi beri ibu lima ubi. *Ibu cuci ubi. *Aaaa... ubi itu ada ulat! *Itu nuri. *Itu nuri Zul. *Zul ada dua nuri. *Nama nuri ini Lili. *Nama nuri itu Lulu. *Lili suka ciku. *Lulu suka nasi. *Zul suka Lili dan Lulu.Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016
"raga" ialah salah satu penjodoh bilangan? jika raga ialah salah satu penjodoh bilangan, sila bina ayat dengan "raga" Terima kasihRaga ialah kata nama dan bukan penjodoh bilangan. Tidak semua kata nama diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat.Lain-lain22.01.2022
Yang mana satu betu? Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis. Saya perlukan penjelasan dari sistem bahasanya. Terima kasih.Soalan:
Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis.
Jawapan:
Pak Ali memuati raga itu dengan buah manggis.
Huraian: "Memuati" = memenuhkan sesuatu dengan barang-barang dan sebagainya.
"Memuatkan" = memasukkan sesuatu seperti barang-barang ke dalam sesuatu...
Tatabahasa29.10.2014
definisi sepak raga??Sepak raa sama dengan sepak takraw iaitu sejenis permainan dengan bola raga yang memakai jaring di tengah gelanggang.Makna11.09.2009
boleh tak beritahu tentang permainan sepak raga...
Lipat Maut Sepak RagaCliff Akid Kamijan AbdullahDewan Budaya01/06/2000
Lain-lain14.03.2008
Olahraga atau olah raga?Ejaan yang betul ialah olahraga. Untuk mengetahui ejaan kata majmuk yang telah mantap, sila rujuk Tatabahasa Dewan edisi terkini.Tatabahasa10.12.2008
Adakah ayat ini menuruti nahu Melayu baku: 'Ketahuilah hai pemuda, walaupun raga rakyat negara ini beraneka jenis warna dan bentuknya, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.'Ayat tersebut kurang tepat. Ayat yang betul ialah: Ketahuilah wahai pemuda, walaupun rakyat negara ini berbilang bangsa, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.Tatabahasa27.10.2018
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM?Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah.  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.

Tatabahasa23.09.2013
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. saya ingin mengemukakan beberapa soalan. 1. Jamal ialah ketua pengawas di sekolah saya.Dia / Beliau seorang atlet yang hebat? jawapan manakah yang tepat. 2. Apakah kata kerja yang sesuai bagi wanita yang sedang berdiri sambil membawa raga tersebut? boleh menjinjing diterima sebagai jawapan? Terima Kasih..1. Jamal ialah ketua pengawas di sekolah saya. Dia seorang atlet yang hebat.
2. Perkataan yang paling hampir ialah membawa. Untuk maklumat lanjut lihat makna kata membawa, menjinjing, mengelek dan  membimbit serta bezakan makna antara perkataan tersebut.
Tatabahasa22.05.2015
Adakah bahasa Melayu mempunyai padanan untuk istilah 'astral projection'? Nampaknya dalam Internet, istilah tersebut dipadankan dengan 'meraga sukma' tetapi sumbernya banyak dari Indonesia. Bolehkah dipinjam sahaja istilah meraga sukma memandangkan bahasa Indonesia dan Melayu baku akarnya sama iaitu Melayu Riau dan kata raga serta sukma memang ada dalam penggunaan penulisan serta percakapan Melayu?DBP mengambil maklum cadangan tuan bagi perkataan astral projection dalam bahasa Melayu. Pihak kami akan membincangkan terlebih dahulu sebelum menerima perkataan tersebut. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Penyemakan dan penterjemahan02.12.2018
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.



Lihat selanjutnya...