Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MERPATI PULANG

Merpati pulang ialah merpati baka khas yang

dihasilkan untuk perlumbaan dan membawa

utusan. Merpati ini boleh dilatih untuk pulang ke

sarangnya apabila ia dilepaskan dari tempat jauh.

Keupayaannya untuk pulang telah dipertingkatkan

bagi melalui pembiakan baka yang terpilih.

UMUM
DEPORTASIDeportasi ialah tindakan sesebuah kerajaan yang

memaksa penduduk asing untuk meninggalkan

negara tersebut dan pulang ke tempat kelahiran

atau tempat kediaman asal mereka.

UMUM
ARTIGAS, JOSÉ GERVASIO

Artigas, José Gervasio (17641850) ialah

pahlawan kebangsaan Uruguay. Dia menyertai

patriot Argentina pada tahun 1810 dalam

pemberontakan menentang Sepanyol. Dia pulang

ke Uruguay, dan mengerahkan tentera untuk

memerangi Sepanyol. Untuk seketika waktu pada

tahun 1815, dia menjadi pelindung atau pemerintah

sebahagian besar Uruguay dan beberapa provinsi di

Argentina. Tetapi tentera menawan Portugis

Montevideo pada tahun 1817, dan Artigas akhirnya

lari ke Paraguay pada tahun 1820. Dia lahir di

Montevideo. Lihat Uruguay (Kemerdekaan).

UMUM
RAJA UNGU

RAJA UNGU ( ? -1635), Raja Perempuan Patani yang ketiga (1624-1635). Baginda ialah adik kepada Raja Biru (1616-1624), dan bekas Permaisuri Pahang. Baginda pulang ke Patani pada tahun 1614 selepas menetap di Pahang selama 30 tahun iaitu setelah kemangkatan suaminya, Sultan Abdul Ghafur ibni Sultan Abdul Kadir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MERPATI PEMBAWA UTUSAN

Merpati pembawa utusan ialah burung yang

asalnya dibiakkan bakanya daripada merpati yang

digunakan untuk membawa utusan dari satu

tempat ke tempat lain.

Walau bagaimanapun,

bertahun-tahun lamanya

merpati ini telah

kehilangan naluri pulang

ke sarangnya. Kini ia

dipelihara sebagai

burung pertunjukan.

Merpati pembawa utusan

ini berwarna biru, hitam,

putih, perang kekelabuan,

atau kuning. Ia lebih

besar daripada merpatimerpati

lain, dan ia tegak.

Burung ini mempunyai

sayap dan kaki yang kuat.

Ia mempunyai ketumbuhan yang besar, berisi di

sekeliling matanya yang besar,dan berwarna

kuning pada paruhnya. Ketumbuhan ini mungkin

meliputi hidung merpati tua.

UMUM
ORANG HELVETIA

Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah

tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya

Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam

orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia

cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun

58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai

orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa

pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja

Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M.,

kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland.

Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat

Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang

penduduk di barat Switzerland yang berbahasa

Perancis merujuk kawasan mereka sebagai

Helvetia.

UMUM
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE

Oates, Lawrence Edward Grace (18801912)

ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi

British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten

Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu

pada tahun 1910 dan pada tahun 1912

menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang

sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,

dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran

untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli

lain. Dengan semangat kepahlawanan yang

sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga

menemui maut dalam ribut salji. Semasa

meninggalkan khemahnya, dia berkata, Saya mahu

keluar; mungkin agak lama.

Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan

tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,

dan India.

UMUM
SAWDAH BINT ZAM'AH

Sawdah bint Zamah ( ? 55 H. / ? 675 M.) ialah

salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w.

Sawdah bint Zamah berasal dari kalangan

bangsawan Quraisy Amiriyyah. Dia pernah

berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas

suaminya al-Sakran ibn Amru yang juga seorang

Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn Amru.

Kemudian mereka pulang ke Makkah dan

setibanya di sana, suaminya meninggal dunia.

Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum

Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint

Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu

isteri Uthman ibn Mazun yang mencadangkan

kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang

Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w.

pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan

menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah

menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk

kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak

bersama-sama para isteri Baginda yang lain.

Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang

menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan

kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal

dunia di Madinah.

Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.

UMUM
SUNGAI GANGES

Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di

India dan salah satu sungai yang terpanjang di

dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India

kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang

Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang

paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu

penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti

Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai

Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang

airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke

sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah

penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu

semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa.

Mereka yang sakit dan cacat datang dengan

harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan

penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu

mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu,

sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke

syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu,

bahasa utama orang India, ialah Ganga.

UMUM
HUSSAIN CHE' DOLHUSSAIN CHE DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.



Lihat selanjutnya...