Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pulang ke kandang.

Takrif

Pulang ke asal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harta pulang ke tuan (= empunya).

Takrif

Sudah pada tempatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ikan pulang ke lubuk.

Takrif

Telah kembali ke tempat asalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.

Takrif

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pinang pulang ke tampuk.

Takrif

Sudah pada tempatnya; sudah cocok benar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sirih pulang ke gagangnya.

Takrif

Kembali ke tempatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam pulang ke pautan.

Takrif

Sudah pada tempatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai itik pulang petang.

Takrif

Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menghadapkan bedil pulang.

Takrif

Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menanti laki pulang maling.

Takrif

Tidak tenteram, selalu waswas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.



Lihat selanjutnya...