Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulang

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau nak dulang dulang puan, Jangat-jangat batang padi; Kalau nak pulang pulang tuan, Ingat-ingat jalan ke mari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nak pulang pulanglah puan, Jangat-jangat batang padi; Nak pulang pulanglah tuan, Ingat-ingat datang ke mari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mari menengok main telantak, Diikat juga dia pulang; Baiklah mahu mari hendak, Mengikut juga tuan pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.



Lihat selanjutnya...