Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Nak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulangKurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Usang bukan sebarang usang, Usang mangkuk gunanya sama; Pulang bukan sebarang pulang, Pulang menengok janda lama.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau nak dulang dulang puan, Jangat-jangat batang padi; Kalau nak pulang pulang tuan, Ingat-ingat jalan ke mari.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Yanglah pulang biarlah pulang, Supaya senang hati keluarganya; Orang tua goyang biarlah goyang, Supaya digoyang bini mudanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
PATI datang PATI pulang, Datang pulang menimbul perkara; Berbagai cara menangani pendatang, Pendatang menyulit ekonomi negara;Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Pulang petang membawa rotan, Tikar mengkuang menyambut tetamu; Bukan kepalang budmi tuan, Tidak terbayar dengan Sri Ayu.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.



Lihat selanjutnya...