Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1)pulang dari/ pulang ke....mana betul? 2)datang dari/ datang ke....Untuk makluman, ketepatan (betul/salah) dalam pemilihan perkataan tidak dapat ditentukan hanya dengan melihat kepada contoh perkataan yang tuan/puan berikan semata-mata kerana konteks keseluruhan ayat perlu dilihat terlebih dahulu.Tatabahasa12.03.2019
Keberangkatan balik atau keberangkatan pulang?Pulang juga membawa makna yang sama dengan perkataan balik. Jadi, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan.Makna19.11.2014
Salam sejahtera, Kakak Shima menyambut adiknya dengan pelukan kasih sayang selepas Shima pulang dari seminar kesan stres. (pulang dari seminar / pulang daripada seminar) Sila beri pencerahan.Terima kasih.Perkataan dari ialah sendi kata yang menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak iaitu bertolak, muncul atau menyatakan titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan pergerakan dan lain-lain. Perbezaan dari dan daripada boleh dilihat dari segi berikut:


1. ...pulang dari seminar (merujuk tempat)
2. Hasil daripada Seminar... (menunjukkan sumber atau punca)
Tatabahasa22.06.2021
saya keliru penggunaan kata 'BALIK' dengan perkataan 'PULANG'. Bilakah masa yang atau situasi yang paling sesuai menggunakan perkatan 'BALIK' DAN 'PULANG'. ayat manakah yang paling sesuai/tepat: Saya hendak balik ke rumah atau saya hendak pulang ke rumah.Merujuk Kamus Dewan perkataan balik dan pulang sama sahaja maknanya. Dalam contoh ayat yang diberi, "Saya hendak balik/pulang ke rumah atau", balik dan pulang kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa08.12.2007
tuan pulang dari majlis kenduri atau pulang daripada majlis kenduri? TQ

Pulang dari majlis kenduri.  

Tatabahasa15.08.2011
Yang manakah lebih tepat ? 1. Selepas pulang dari bercuti.... 2. Selepas pulang daripada bercuti...Ayat yang betul ialah "Selepas pulang daripada bercuti..."Tatabahasa14.05.2019
penggunaan dari dan daripada: soalan : pulang dari menjalani latihan atau pulang daripada menjalani latihan, terima kasih.dari untuk tempat atau masa (dari KL, dari pukul 3.50ptg.) daripada untuk (selain masa dan tempat).

pulang daripada menjalani latihan.
Tatabahasa03.09.2012
Tuan, yang manakah betul? 1. Hani pulang ke kampung bersama-sama keluarganya. 2. Hani pulang ke kampung bersama keluarganya. Maklum balas tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.Ayat yang betul ialah "Hani pulang ke kampung bersama-sama keluarganya.Tatabahasa07.07.2013
Ibu menanyakan adik bila dia akan pulang ATAU Ibu menanyakan kepada adik bila dia akan pulang Ayat yang mana betul?Selamat pagi

Aayat yang betul-Ibu menanyakan adik bila dia akan pulang.
Tatabahasa21.09.2016
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut?Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.



Lihat selanjutnya...