Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pasang sumbu pelita api, Pelita api mana dapurnya; Hilang abang disangka mati, Jika mati mana kuburnya?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tutunglah dia tutung pelita, Pakai menyuluh si gagang sirih; Berperanglah datang dengan dewa, Hendak merebut intan terpilih.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hujan ribut pasang pelita, Sapu tangan berisi bunga; Orang hidup jangan dicerita, Lepas di tangan orang yang punya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Belah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelita.

Puisi
 

Baiklah baik pasang pelita,
     Pasang pelita tepi jeraya;
Baik-baik berpandang mata,
     Memandang mata membuat dosa.



Lihat selanjutnya...