Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pelita kehabisan minyak.

Takrif

Berwajah muram kerana kedukacitaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Takrif

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memasang pelita tengah hari.

Takrif

Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pasang pelita dilanggar tikus.

Takrif

Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pelita: membakar diri menerangkan orang.

Takrif

Mengorbankan diri untuk kesenangan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk geronggang bawa pelita.

Takrif

Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pikir (fikir) itu pelita hati.

Takrif

Fikiran suluh kebenaran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lampu kekurangan minyak.

Takrif

Dalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelita.

Puisi
 

Baiklah baik pasang pelita,
     Pasang pelita tepi jeraya;
Baik-baik berpandang mata,
     Memandang mata membuat dosa.



Lihat selanjutnya...