Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita dapat menyuluh ladang; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku dapat membunuh orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita ini sumbunya banyak; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku ini tak berganjak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apalah guna pelita, pasang pelita, Jikalah tidak sumbunya, dengan sumbunya; Apalah guna bercinta, kita bercinta, Jikalah tidak sungguhnya, dengan sungguhnya.Pantun Melayu SarawakBergendang
Pasang sumbu pelita api, Pelita api mana dapurnya; Hilang abang disangka mati, Jika mati mana kuburnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pelita dipasang bulan gerhana, Secangkir madu seri kaya; Mata mentafsir seribu makna, Tangan mengukir seni budaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Banyak pelita dipasang terang, Pelita mati sumbunya pandak; Banyaklah cinta disebut orang, Cinta sejati pada ibu bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Api pelita cahayanya redup, Supaya terang besarkan sumbu; Hati kecewa sengsara hidup, Supaya tenang sabar selalu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila pelita tidak bersumbu, Tidakkan dapat dibuat suluh; Apabila dada tidak berilmu, Banyaklah sifat tidak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelita.

Puisi
 

Baiklah baik pasang pelita,
     Pasang pelita tepi jeraya;
Baik-baik berpandang mata,
     Memandang mata membuat dosa.



Lihat selanjutnya...