Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Pada 14 /11/12. Waktu berita utama TV3. Seorang tokoh politik yang sangat terkenal kononnya memperjuangkan Bahasa melayu/kebangsaan . Sempena meraikan sambutan hari devepavali beliau telah telah mengunakan imbuhan yang saya kurang pasti betul atau salah penggunaannya, iaitu berdeepavali dan bertahun baru. Ini bukan lah kali pertama beliau mengeluarkan perkataan yang pelik pelik. Bagi saya ini adalah satu pencemaran.Penggunaan perkataan berdeepavali tersebut seolah-olah menyamakannya dengan perkataan berhari raya, iaitu merayakan hari raya. Namun pembentukan perkataan tersebut adalah tidak gramatis kerana kita juga tidak menggunakan ungkapan beraidilfitri dalam konteks merayakan hari raya Aidilfitri.Tatabahasa15.11.2012
Salah satu rangkai kata yang agak pelik dari segi tatabahasa ialah "membersihkan sampah". Rangkai kata ini biasa digunakan, tetapi kalau lihat dari maksud yang diberikan oleh kamus, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih, dengan itu "membersihkan sampah" bermaksud "menjadikan sampah bersih". Kalaulah, rangkai kata ini dihukum sebagai salah, kecohlah seluruh masyarakat kerana sukar menerimanya. Dengan itu, bagaimana kita dapat menyampaikan maksud "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih"?membersihkan- merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek bagi menjelaskan maknanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak;.
Membersihkan sampah- menjadikan sesuatu menjadi bersih dengan cara menyapu atau membasuh sampah tersebut.
sampah- boleh merujuk kepada kotoran, najis dan lain-lain. Rangkai kata tersebut tidak salah kerana sampah itu boleh dibersihkan.

Contoh:
membersihkan najis, membersihkan kotoran- iaitu menjadikan sesuatu itu bersih dengan mencuci atau membasuh najis / kotoran tersebut.


1. Ali membersihkan sampah itu.
2. Sampah itu dibersihkan oleh Ali.

Berkenaan "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih- boleh digunakan frasa ; membersihkan timbunan sampah/ rumah sampah. Ini menjelaskan perbuatan menjadikan sesuatu itu bersih dengan menyapu atau membasuh.
Tatabahasa08.09.2012
Dalam kehairanan, kami menuju ke arah bunyi pelik itu. adakah apa-apa kesalahan dlm ayat ini?Ayat yang dinyatakan betul.Tatabahasa05.07.2013
Apakah padanan yang sesuai bagi "goofy band"? Kumpulan muzik dungu? Kugiran bodoh? Kumpulan pelik? Maksud goofy merujuk kepada harmlessly eccentric. Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Padanan yang pihak kami boleh cadangkan ialah Kumpulan Aneh.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.10.2017
Salam sejahtera. Antara dua perkataan berikut, manakah lebih baik untuk digunakan "mitokondrion" atau "mitokondria"? Sebab ia terasa agak pelik untuk mempunyai dua istilah yang hampir sama bagi merujuk kepada satu perkara (tidak seperti bahasa Inggeris yang sememangnya mempunyai istilah untuk tunggal dan jamak)Soalan saudara telah diajukan kepada bahagian peristilahan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan diberi melalui e-mel.  Terima kasih.Istilah14.05.2014
Selamat pagi. Saya ada beberapa kemusykilan. Jika di dalam dialog perbualan, pembuka kata dan penutup kata digunakan untuk menunjukkan sesuatu ayat itu ialah perbualan. Bagaimana pula jika ayat tersebut merupakan kata-kata di dalam hati? Cthnya: "Pelik," bisik hatiku. "Kenapa pintu pagar terbuka?" tanyaku sendiri. Bagaimana cara yang betul untuk ditulis? terima kasihMonolog ditulis dengan tanda petik tunggal (' ') seperti 'Pelik,' bisik hatiku. 'Kenapa pintu pagar terbuka?' tanyaku sendiri.Tatabahasa25.02.2015
Boleh berikan jawapan bagi soalan ini ? Warna langsir yang biru itu nampak kena dengan warna dinding rumahnya. Pilih perkataan berlawan bagi kena? A. Pelik C. Asing B. Ganjil D. JanggalJawapan yang paling hampir ialah janggal.Tatabahasa26.02.2015
Selamat sejahtera, Adakah "tepian tulang belakang" sesuai bagi terjemahan "binding edge"?Bolehkah perkataan/frasa ini boleh diubah kepada "tepian belakang" sahaja? "tulang belakang" kedengaran pelik. Mohon penjelasan dan semoga perkataan ini boleh disemak semula kepada frasa yang lebih baik. Terima kasih.Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman, padanan tersebut telah melalui jawatankuasa yang berautoriti memberikan padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah.Penyemakan dan penterjemahan21.05.2015
Chit Watt Aug 5th, 7:39pm Tolonglah...kalau betul2 nak memperkasakan BM tue, janganlah asyik ubah2 ejaannya. Memalukan. Bahasa lain tak pun ubah ejaannya walaupun berbunyi pelik. BM skrg nie apa pun sy tak pasti dah . Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu? Yang mana satu entah dah. Cikgu pun dah pening. Buat Ujian sekejap pensil, sekejap pensel...aduhai...Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. Tidak ada perubahan ejaan yang dibuat selepas adanya sistem tersebut, apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketidaksedaran/ketidakprihatinan pengguna terhadap sistem ejaan yang ada. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain05.08.2014
Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan  pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.   

Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. 

Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai.

Lain-lain03.03.2018
Tesaurus
 
pelik (adjektif)
Bersinonim dengan aneh, ganjil, luar biasa, ajaib, asing, gharib;,
Kata Terbitan : kepelikan,