Kata |
Takrif |
Sumber |
asing-asing | terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemancung | sj tumbuhan (pokok renek), asing-asing, janggi padang, Breynia reclinata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belati | didatangkan dr negara asing; buatan negara asing: pisau ~ sj pisau buatan Eropah (keluaran luar negara); tali ~ sj tali buatan Eropah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belati | didatangkan dr negeri asing; buatan negeri asing: pisau ~ sj pisau buatan Eropah (keluaran luar negeri); tali ~ sj tali buatan Eropah. | Kamus Pelajar |
belati | sl datang dr negeri asing (dibuat di negeri asing); pisau ~ sj pisau (buatan Eropah); tali ~ tali buatan Eropah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing | 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan (memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing | 1 lain; tersendiri: Ia berasa ~ di rumah ibu tirinya. 2 dr luar negara (daerah dsb): Banyak bangsa ~ yg tinggal di Malaysia. 3 tidak biasa; aneh: Sate merupakan makanan yg tidak ~ lagi kpd orang-orang Malaysia. berasingan berlainan; berbeza: Kedua-dua pemburu itu telah mengikut jalan yg ~. mengasingkan 1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. terasing terpisah dr yg lain; terpencil. perasingan tempat mengasingkan orang: Pulau Buru ialah pulau ~ bagi tokoh-tokoh komunis Indonesia. pengasingan perbuatan atau hal mengasingkan. pengasing orang yg mengasingkan; alat utk mengasingkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asing | 1. lain; tersendiri: Ia berasa ~ di rumah ibu tirinya. 2. dr luar negeri (daerah dsb): Banyak bangsa ~ yg tinggal di Malaysia. 3. tidak biasa; aneh: Sate merupakan makanan yg tidak ~ lagi kpd orang-orang Malaysia. berasingan berlainan; berbeza: Kedua-dua pemburu itu telah mengikut jalan yg ~. mengasingkan 1. memisahkan sesuatu dr yg lain. 2.menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. terasing terpisah dr yg lain; terpencil. perasingan tempat mengasingkan orang: Pulau Buru ialah pulau ~ bagi tokoh-tokoh komunis Indonesia. pengasingan perbuatan atau hal mengasingkan. pengasing orang yg mengasingkan; alat utk mengasingkan. | Kamus Pelajar |
dana asing | dana amanah yg keseluruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
foreign | adj 1. not native, asing: ~ accent, telor asing; ~ students, pelajar-pelajar asing; 2. involving another country, luar negeri, asing: ~ trade, perdagangan luar negeri; ~ income, pendapatan asing; 3. dealing with other countries, luar negeri: ~ relations, hubungan luar negeri; Ministry of F~ Affairs , Kementerian Luar Negeri; ~ policy, dasar luar (negeri); 4. not natural (to so., st) asing: this grade of coal contains a lot of ~ matter, batu arang gred ini banyak mengandungi unsur asing; such a violent reaction was very ~ to him, reaksi yg begitu ganas sangat asing bagi dia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
alien | adj 1. foreign, asing: an ~ race, bangsa asing; ~ political systems were forced on us, sistem politik asing dipaksakan thdp kami; 2. usu ~ to, ~ from, different in nature or character, berlainan, berbeza: practices ~ to our culture, amalan-amalan yg berlainan drpd amalan dlm kebudayaan kita; 3. usu ~ to, out of harmony, opposed, bertentangan, bercanggahan: dictatorship is ~ to democracy, kediktatoran bertentangan dgn prinsip-prinsip demokrasi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
foreigner | n 1. person from another country, orang /asing, luar negeri/: two million ~s visited this country last year, dua juta orang asing melawat negara ini tahun lalu; 2. stranger, outsider, orang asing: after twenty years the villagers still regard us as ~s, sesudah dua puluh tahun orang kampung masih menganggap kami sbg orang asing. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
foreign body | n benda asing; (tech) jasad asing. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
closed book | n sst yg asing: physics is a ~ to me, fizik adalah sst yg asing bagi saya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
alien | n 1. foreigner, /orang, warganegara/ asing; 2. being from another world, makhluk asing. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
home ground | n; on ~, a. di tempat sendiri; b. (fig.) approp n + tdk asing bagi sso: when he talks about physics you can tell hes on ~, apabila dia bercakap ttg fizik kita boleh tahu yg perkara itu tdk asing baginya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
foreign exchange | n pertukaran asing. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
foreign aid | n bantuan /asing, luar negeri/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
extraterrestrial | n makhluk /luar angkasa, asing/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
foreign aid | bantuan asing | Ekonomi | Tiada | Bantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima. |
foreign escorted tour | lawatan beriring asing | Pelancongan | Tiada | Lawatan ke negara asing yang diiringi oleh individu yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua program yang dirancang berjalan dengan lancar. |
foreign independent travel | pengembaraan kendiri asing | Pelancongan | Tiada | Lawatan ke negara asing secara bersendirian. |
cession | penyerahan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan dengan hasil keputusan, wilayah tersebut terpaksa dikembalikan seperti penyerahan Sarawak kepada Inggeris oleh kerajaan Brooke. |
net export | eksport bersih | Ekonomi | Tiada | Nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negeri yang dijual kepada negara asing, dan ditolak nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing yang dibeli oleh pemastautin tempatan. |
alien | orang asing | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia. |
granuloma | granuloma | Perikanan | Akuakultur | Perubahan patologi tisu ikan yang menyerupai ketumbuhan yang terbentuk sebagai tindak balas kepada jangkitan, keradangan, atau kehadiran bahan asing ke dalam sistem badan ikan. Pembentukan granuloma terhasil daripada pengumpulan dan penggandaan sel-sel makrofaj semasa ia membendung bahan asing seperti patogen bakteria, kulat dan cacing daripada merebak ke bahagian lain. |
foreign insurer | insurer asing | insurans | Tiada | Syarikat yang ditubuhkan di luar negeri yang menjalankan perniagaan insurans di negara yang mengeluarkan lesen. |
alien passport | pasport asing | Pelancongan | Tiada | Dokumen perjalanan rakyat luar negara. |
foreign investment | pelaburan asing | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
asing | kencing = air kencing | masing | (ber) kencing, Ms berkemeh | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
benua | ~ asing banuak asing, nagaik asing. | kedayan | |
asing | asing; | kedayan | |
asing | terasing ta'asing. | kedayan | |
asing | orang ~ oang asing; | kedayan | |
asing | melabik [mlabi]; mengasingkan bagi [bagi]; berasingan adep [adp] | Melanau Dalat | |
asing | berasingan ba'asingan; | kedayan | |
asing | mengasingkan diri ngasing diik; | kedayan | |
mengagih | asing | TETAW | |
pencil | terpencil ta'asing. | kedayan | |
visa | kebenaran yg berupa cap rasmi pd pasport sso yg membolehkannya memasuki atau melalui negara asing yg memberikan kebenaran itu, visa. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kulung-kulung Kd | bahagian bawah rumah. | Bangunan-bangunan tinggi yang memuncak begitu cantik, terlalu asing bagiku. Tidak seperti yang aku rasakan di kampungku, terlalu damai melihat kerbau-kerbau jinak berkeliaran di bawah kulung-kulung rumah. | Jangan ke Kota | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
walai goronai Tb | rumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus. | Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb khāṭere, yādāvarī( یروآداي ،هرطاخ نيمز ،یکشخ ،کاخ )khāk, khoshkī, zamīn( )khākestar( رتسکاخ )khākestarī( ىرتسکاخ )khāl( لاخ )khāleṣ, nāb( بان ،صلاخ )khāle( هلاخ )khālī( ىلاخ orang gaji di luar, keluar orang asing rendah diri, sopan khas ingatan tanah abu kelabu bintik, tahi lalat tulen, asli, jati mak cik, emak saudara kosong, hampa servant out, outside foreigner humble special memory ground, soil ash Fārsī( ىسراف نابز )zabān-e Mālāyī( یيالام نابز )zebr, khashen( نشخ ،ربز )Zoḥal( لـحز )zakhm( مخز )zadan( ندز )zerā‘at, keshāvarzī( یزرواشک ،تعارز petani gagak lintah lutut pelawat lidah bahasa asing bahasa Parsi bahasa Melayu kasar Zuhal tempat yang sakit memukul, mengetuk pertanian farmer crow leech knee visitor tongue foreign language Persian language Malay language rough Saturn sore to strike, to
|
Kamus Sains.indb perantara yang terdiri daripada NAD + dan bentuk asil gliseralde- hid-3-fosfat yang terikat dengan gliseraldehid-3-fosfat dehidrogenase semasa tindak balas yang melibatkan mangkin tersebut. (KIM) ad- (ad-) Imbuhan asing yang merujuk kepada sesuatu yang menghala, mengarah, berdekatan dengan atau tambahan kepada yang lain. Imbuhan ini juga ber- maksud membantu atau menguatkan sesuatu. Contohnya, adoral. (UBAT) Ada (Ada) Bahasa pengaturcaraan sempurna. (BIO) adelphogamy (adelfogami) Persenyawaan antara sel induk dengan sel anak yang terbentuk secara mitosis daripada sumber yang sama. Contohnya, persenyawaan yang berlaku pada sel yis. (BIO) aden- (aden-) Imbuhan asing yang menunjukkan perkaitan dengan kelenjar. Contohnya, adenitis dan adenofibroma. Sinonim adeno-. (UBAT) adeno- (adeno-) Lihat aden-. (UBAT) adenase (adenase) Enzim hidrolisis yang memangkinkan pendeaminaan adenina kepada hipo- xantina dan ammonia
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd tereksploitasi (Ig. exploitable channel; Br. saluran boleh eksploitasi; Id. kanal tereksploitasi ) tanpa sangkalan (Ig. nonrepudiation; Br. tanpa sangkalan; Id. tanpa sangkal) B. Takrif 1. Semua takrif diberikan selepas padanan bahasa asing dengan menggunakan huruf biasa. Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 14 6/6/11 4:01:23 PM xv 2. Entri yang takrifnya berbilang dan satu kekunci lain digunakan untuk proses kedua. Lihat juga Piawai Penyulitan Data (DES). 2. Huruf Condong Huruf condong digunakan dalam hal-hal yang berikut: (a) Padanan istilah dalam bahasa asing pada entri. (b) Penanda singkatan seperti Ig. bagi bahasa Inggeris. (c) Penanda rujuk silang seperti Sinonim, Lihat dan Lihat juga. 3. Tanda Kurung Bulat Tanda kurung bulat digunakan untuk menandai
|
Kamus Thai 2.indb negara menjadi kacau-bilau. ระหกระเหิน [rahokrah:n] ก mem- bawa diri: เมื่ อถูกขับออกจากวังพระธิดาก็ ระหกระเหินไปยังต ่ างเมือง Setelah di- halau keluar dari istana, Tuan Puteri pun membawa diri ke sebuah negara asing. ระหว ่ าง [rawa:] บ di antara: ธนาคาร นั้ นตั้ งอยู ่ ระหว ่ างร ้ านขายยากับร ้ านอาหาร Bank itu terletak di antara kedai ubat dengan kedai makan ์ ใหญ ่ รับรองว ่ าฮารนเป็นนักเรียนที่ ดี Guru besar memperakui bahawa Harun memang murid yang baik. 2 menyam- but: รัฐบาลเตรียมรับรองผู ้ นำจากต ่ างประเทศ Kerajaan membuat persiapan untuk menyambut pemimpin asing. รับรัก [-rak] ก membalas kasih: หญิง สาวคนนั้ นไม ่ รับรักใครเลย Gadis itu tidak membalas kasih sesiapa pun. รับราชการ [-ra:tcaka:n] ก berkhid- mat dengan kerajaan: ฉันรับราชการมาแล ้ ว 25
|
Kamus Thai 2.indb ไปยังคูเวต Seorang tentera Amerika me natap wajah anak kecilnya sebelum menaiki pesawat menuju ke Kuwait. 2 (จังหวะ โอกาส) menunggu: คนต ่ างชาติจ ้ อง โอกาสที่ จะเข ้ ามาตั้ งบริษัทประกันในเมืองไทย Orang asing menunggu peluang mem bangunkan syarikat insurans di Negara Thai. 3 mengacukan: ชายในเครื่ องแบบนั้ น จ ้ องปืนของเขามาที่ เรา Lelaki berpakaian seragam itu mengacukan senapangnya ke arah kami. จองหอง [c:h เชิญ ชวนเช ื่ อ [-ca] ก mendiayahkan, mempropagandakan ชวนหัว [-hua] ว lucu ช ่ วย [cuay] ก menolong, membantu: เขาช ่ วยผมศึกษาภาษาต ่ างประเทศ Dia meno long saya mempelajari bahasa asing. = ช ่ วยเหลือ ช ่ วยช ี วิต [-ci:wi t] ก menyelamatkan nyawa ช ่ วยเหล ือ [-la] ดู ช ่ วย ชวา [cawa:] น Jawa ช ่ |
Kamus Thai 2.indb กศาสนา Perbuatan itu bercanggah dengan ajaran agama. ข ั ดขวาง [-kwa:] ก menghalang, menyekat: ราคาที่ ดินสูงเกินไปข ั ดขวาง การลงทุนของต ่ างประเทศ Harga tanah yang mahal menghalang pelaburan dari negara asing. ข ั ดข ้ อง [-k:] ก 1 tergendala: ว ั นนี้ เราทำงานไม ่ ได ้ เพราะไฟฟ ้ าข ั ดข ้ อง Hari ini kami tidak dapat membuat น pengembara คนจริง [-ci] น orang yang tegas คนใช ้ [-cai] น pembantu rumah, orang gaji คนดอย [-d:y] น orang bukit คนต ่ างชาติ [-ta:ca:t] น orang asing คนต ่ างด ้ าว [-ta:da:w] น pemastautin asing คนทรง [-so] น bomoh yang menurun คนนอก [-n:k] น orang luar คนใน [-nai] น orang dalam คนโปรด [-pro
|
Kamus Thai 2.indb ปานว ่ าว Waktu angin bertiup kencang, Ah- mad menghulur tali layang-layangnya. ผ ่ อนคลาย [-kla:y] ก mengendurkan: การถอนทหารต ่ างชาติออกจากอิรักสามารถ ผ ่ อนคลายความตึงเครียดลงได ้ Pengundu ran tentera asing dari Iraq dapat me ngendurkan ketegangan. ผ ่ อนชำระ [-camra] ก bayar beransur ผ ่ อนปรน [-pron] ก meringankan: ไอเอ็มเอฟลดอัตราดอกเบี้ ยเพื่ อผ ่ อนปรน ภาระการชำระหนี้ ของประเทศ IMF menu |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
asing-asing | [a.sing.a.sing] | اسيڠ٢ |
asing | [a.sing] | اسيڠ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
antigen | antigen | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi. | Menengah Atas |
pendopan | doping | Proses menambahkan sedikit atom benda asing tertentu ke dalam semikonduktor tulen untuk menambahkan kekonduksian elektriknya. | Menengah Atas |
penulenan bahan | purification of substance | Pemisahan bahan kepada komponennya, daripada campuran benda asing. | Menengah Atas |
hematit | haematite | Bijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3. | Menengah Atas |
monosit | monocytes | Sel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata asing |
|
|