Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana apung dipermainkan gelombang.

Takrif

Hidup melarat di negeri asing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.

Takrif

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi.

Takrif

Hidup melarat di negeri asing. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana apung dipermainkan gelombang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang.

Takrif

Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Teras terunjam, gubal melayang.

Takrif

Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.

Takrif

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak.

Takrif

Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang.

Takrif

Kesukaran berdagang ke negeri asing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.

Takrif

Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.

Takrif

Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asing