Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ANTINEUTRON

Antineutron ialah pasangan neutron yang

mempunyai cas yang bertentangan. Pasangan

demikian, yang dinamakan antizarah wujud pada

semua zarah atom. Neutron tidak mempunyai cas

elektrik, tetapi terdiri daripada zarah bercas kecil

yang dikenali sebagai kuark . Cas kuark dalam

antineutron adalah terbalik. Apabila antineutron

dan neutron berlanggar, ia boleh memusnahkan

satu sama lain. Semasa berlaku demikian, ia

membebaskan tenaga. Antineutron ditemui pada

tahun 1956.

Lihat juga Antijirim; Neutron.

UMUM
NISBAH

Nisbah ialah pasangan nombor yang tersusun atau

set yang mewakili hubungan antara nombor atau

kuantiti. Nombor dalam nisbah dikenali sebagai unit

nisbah.

UMUM
ANTIPROTON

Antiproton ialah pasangan proton yang

mempunyai cas yang bertentangan. Ahli fizik

percaya bahawa semua zarah atom mempunyai

antizarah demikian. Antizarah proton yang bercas

positif mempunyai cas negatif. Ia mempunyai jisim

yang sama dengan proton. Apabila antiproton dan

proton berlanggar, ia boleh memusnahkan satu

sama lain, sambil membebaskan tenaga.

Antiproton ditemui pada tahun 1955. Lihat juga

Proton.

UMUM
TARIAN DATARAN

Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di

Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan

yang dianggotai oleh empat pasang penari.

Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi

empat ataupun dalam susunan bulatan yang

dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh

menari berbaris memanjang , dengan dua baris

pasangan bertentangan.

UMUM
DOLIN, SIR ANTON

Dolin, Sir Anton (19041983) ialah orang

Inggeris yang pertama terkenal sebagai penari

antarabangsa. Dia menjadi pasangan kepada ramai

penari balet perempuan yang terkenal, terutama

Alicia Markova.

UMUM
POLONIUM

Polonium ialah unsur kimia yang mempunyai

simbol Po. Ia merupakan satu unsur logam

radioaktif yang luar biasa. Ia ditemui oleh pasangan

ahli fizik Perancis, Marie dan Pierre Curie, pada

tahun 1898. Mereka menamakannya polonium

sempena nama negara Poland, tempat lahir Marie

Curie. Polonium terbentuk dengan sendirinya dalam

bijih uranium picblend. Kebanyakan polonium

dihasilkan secara buatan dengan menembak

bertalu-talu bismut, sejenis logam dengan neutron.

UMUM
KAUNSELING GENETIK

Kaunseling genetik ialah teknik menentukan

kemungkinan bayi yang bakal lahir. Pakar bidang

ini yang digelar kaunselor genetik dapat membuat

ramalan yang tepat kemungkinan pasangan suami

isteri itu melahirkan anak yang mengalami cacat

keturunan.

UMUM
TANGO

Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang

pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak

perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang

tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan

perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah.

Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang

dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat.

Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal

sebagai tango dan sungguh dramatik.

UMUM
STRUVE, OTTO

Struve, Otto (18971963) ialah ahli astranomi

Amerika yang banyak menyumbangkan kajian

tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana

penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve

banyak membuat kajian tentang bintang dedua

spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya

dapat dikenal dengan menganalisis spektrum

cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim

bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan

berkitar garis spektrumnya daripada gelombang

biru kepada gelombang merah dan kemudiannya

berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang

(Bintang dedua).

UMUM
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta mengutu iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

             

 

 

BUDAYAKonsep
Tesaurus
 
pasang1 (kata nama)
Bersinonim dengan jodoh, kelamin;,
Kata Terbitan : sepasang, berpasangan, memasangkan, pasangan,