Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata, pelanduk terjerat terkial-kial, mata satu (pisau) penyudahnya.

Takrif

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pasangan tiba di kodok.

Takrif

Perintah yang tak dapat dielakkan lagi. pasangan = kuk; kodok = tengkuk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kemi lekat di ikan.

Takrif

Pasangan kekasih (suami isteri) yang tak dapat dipisahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti gemi berjodoh dengan ikan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
pasang1 (kata nama)
Bersinonim dengan jodoh, kelamin;,
Kata Terbitan : sepasang, berpasangan, memasangkan, pasangan,