Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Inderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak labi makan mengecap, Beri makan kelopak jantung; Pada nabi saya mengucap, Pada Tuhan saya bergantung.
Tesaurus
 
nabi (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan utusan Allah, pesuruh Allah, rasul;,
Kata Terbitan : kenabian,

Puisi
 

Disimpan gula dengan sirih,
     Datang ia dari tanah;
Sudah ada Nabi Idris,
     Ada pula Nabi Noh.



Lihat selanjutnya...