Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Membeli selasih dari pekan, Hendak membawa ke negeri China; Kerana kasih di tangan orang, Makan tak lalu tidur tak lena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Naik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mendengut unta dari Padang, Membawa dagang ke Kelinci; Kalau tersedik hati nan pemamang, Dilihat kampung ditangisi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

9Gunung dari Kelebang, Sampai ke Jeddah membawa guni; Jangan sebarang ikut abang, Abang sudah ada bini.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa ke

Puisi
 

Hujan di hulu hujan di hilir,
     Hujan di Teming membawa rintik;
Pandang ke bahu pandang ke leher,
     Pandang ke kening membawa cantik.



Lihat selanjutnya...