Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membawa perut ke rumah orang.

Takrif

Selalu bertandang makan ke rumah orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali.

Takrif

Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.

Takrif

Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik.

Takrif

Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa ke

Puisi
 

Hujan di hulu hujan di hilir,
     Hujan di Teming membawa rintik;
Pandang ke bahu pandang ke leher,
     Pandang ke kening membawa cantik.



Lihat selanjutnya...