Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
artificial photosynthesisProses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod.
skin creamCecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer.
energy storageSistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam.
photovoltaicKeupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi.
Rayleigh scatteringProses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang.
self-cleaning windowKeadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci.
1
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.



Lihat selanjutnya...