Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ELISI

Elisi, dalam puisi bermaksud menggugurkan

atau menyebut dengan tidak jelas vokal atau suku

kata perkataan bagi menghasilkan irama yang

mantap.

UMUM
DAVID, JACQUES LOUIS

David, Jacques Louis (17481825), pelukis

Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis

dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya

dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk

secara mantap berdasarkan bentuk model,

unsur perincian yang realistik, dan komposisi

yang berimbang.

UMUM
NOVELLO, IVOR

Novello, Ivor (18931951), menjadi terkenal

sebagai penggubah salah sebuah lagu Perang Dunia

I (19141918) yang paling popular, Keep the Home

Fires Burning. Dia juga merupakan pengurus

pelakon, pelakon filem, dan dramatis yang mantap.

Novello lahir di Cardiff, Wales. Nama sebenarnya

ialah David Ivor Davies.

UMUM
NYANYIAN KANAK-KANAK

Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak

yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan

hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu

bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak-

kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta

ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya

mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan

bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke

hadapan dan ke belakang.

UMUM
EJA

EJA, persatuan yang khusus untuk wartawan hiburan. EJA ialah singkatan bagi Entertainment Journalists Association of Malaysia (Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Januari 1979 di Kuala Lumpur. Idea awal penubuhannya dikemukakan olah Khalid Jefri, Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu ketika itu, agar semua wartawan hiburan bersatu dalam menjalankan tugas mencari bahan berita dan rencana untuk media masing-masing. Persatuan ini juga ditubuhkan bertujuan untuk menambah bilangan wartawan hiburan dan penulis berita hiburan yang mantap, sesuai dengan saranan Menteri Penerangan pada waktu itu, Mohamad Rahmat.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,