Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu; Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina main congkak, Main congkak tepi batu; Sudah lama saya tak nampak, Macam burung terbang aku.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain ini kain pelikat, Jikalau mandi dicuci jangan; Main ini main sarikat, Jikalau mati kesal jangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain ini kain kubeli, Tengah mengatih bertenun jangan; Main ini main mencuri, Kalau berkasih bersenyum jangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain ini kain pelikat, Jikalau mandi dicuci jangan; Main ini main sarikat, Jikalau mati kesal jangan.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata main-main

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Esok hari Isnin;
Kalau kerja tidak muafakat,
     Kerja kita itu main-main.



Lihat selanjutnya...