Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Main badar, main gerundang.

Takrif

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Perbezaan lain yang sama makna: Melonjak badar, melonjak gerundang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Main air basah, main api letur, main pisau luka.

Takrif

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Main akal (= budi).

Takrif

Mengenakan tipu daya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melonjak badar, melonjak gerundang.

Takrif

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya.

Takrif

Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lawak-lawak main, bunga tahi.

Takrif

Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbelok kucing main daun.

Takrif

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai kucing main daun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kucing main daun.

Takrif

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai tupai bergelut, c. Berbelok kucing main daun, d. Seperti elang menyongsong angin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.

Takrif

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kuau mengigal (= menyesar).

Takrif

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing main daun, b. Bagai tupai bergelut, c. Seperti elang menyongsong angin). kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata main-main

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Esok hari Isnin;
Kalau kerja tidak muafakat,
     Kerja kita itu main-main.



Lihat selanjutnya...