Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Yang lekas berlari, Yang lambat merangkak; Yang ikhlas berezeki, Yang jahat tercampak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jika tak lekas merendam baju, Tudung kepala kotor semua; Jika tak lepas rindu dendamku, Kujunjung dunia kukejar juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Turun tangga naik tangga, Jangan lekas berputus asa; Pengorbanan penulis harus dibangga, Jasanya mulia memertabatkan bangsa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ada malangnya membeli gula, Gula lekas dikerumuni semut; Ada malangnya berlaki tua, Bekerja keras nafas pun semput.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada untungnya membeli ternak, Beranak lekas telur menetas; Ada untungnya berbini banyak, Tekak puas selera pun lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batang pepaya berputik belum, Bila berulat lekas dipancung; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat emas segunung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pakai baju kain kasa, Kain dibeli dari pekan; Jangan lekas berputus asa, Ulat batu lagikan makan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Parang panjang bawa menebas, Salah cencang kaki terluka; Orang peradang marahnya lekas, Salah pandang jadi sengketa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau berjaja berasa ladang, Barang ke mana banyak pembeli; Kalau bekerja lekas meradang, Sebarang usaha takkan menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga.Kurik Kundi Merah SagaAgama
1
Tesaurus
 
lekas
Rujuk :pantas

Puisi
 

Hari-hari turun ke gua,
     Sarat membawa buah-buahan;
Hari-hari mintakan doa,
     Lekas bertemu mudah-mudahan.



Lihat selanjutnya...