Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti polong kena sembur.

Takrif

Berlari lekas-lekas kerana ketakutan. polong = hantu; sembur = jampi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau boros lekas kerugian.

Takrif

Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersinggung lebih bak kena.

Takrif

Lekas merasa hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telinga terbakar muka menyala.

Takrif

Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bangsa teling tipis.

Takrif

Orang yang lekas marah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengajar anak harimau.

Takrif

Mengajar anak yang lekas pandai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai kunyit dengan kapur.

Takrif

Mudah dan lekas mesra.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula.

Takrif

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai tuntung jarum dilaga.

Takrif

Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta.

Takrif

Terlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
lekas
Rujuk :pantas

Puisi
 

Hari-hari turun ke gua,
     Sarat membawa buah-buahan;
Hari-hari mintakan doa,
     Lekas bertemu mudah-mudahan.



Lihat selanjutnya...