Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lang pungguk terbang berbalik, Hinggap seekor pohon keladi; Barang buruk jangan dibelek, Silap mata kena beli.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lang inang padi Daik, Padi sawah mahu guna; Kalau mudah-mudahan baik, Esok boleh buat berguna.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lang terbang menyongsong angin, Mari dipangku ke atas puan; Surat sepucuk dibawa angin, Kalau sudi bacalah tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lang putih terbang ke kubur, Kembang bunga waktu pagi; Adik putih bangun tidur, Macam bunga kembang pagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak lang kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang datang ke sini, Sampai masa pulanglah dia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang jatuh ke sini, Sampai musim pulanglah dia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang terlanjur ke mari, Sampai musim pulanglah dia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak lang di kayu mati, Patah ranting terbang dia; Saya dagang tumpang berhenti, Kecut hati berjalanlah saya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lang

Puisi
 

Lang inang padi Daik,
     Padi sawah mahu guna;
Kalau mudah-mudahan baik,
     Esok boleh buat berguna.



Lihat selanjutnya...