Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.

Takrif

Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak lang, si pungguk menjadi lang.

Takrif

Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!

Takrif

Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belalang hendak menjadi elang.

Takrif

Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang.

Takrif

Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepala-pala mandi, biarlah basah.

Takrif

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lang

Puisi
 

Lang inang padi Daik,
     Padi sawah mahu guna;
Kalau mudah-mudahan baik,
     Esok boleh buat berguna.



Lihat selanjutnya...