Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lagi ditutuh lagi ditebang, Dibuat mari ampaian kain; Tempat jatuh lagi terkenang, Kononkan pula tempat bermain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lagi ditutuh lagi ditebang, Tutuh sedahan si ampai kain; Tempat jatuh lagi dikenang, Inikan pula tempat bermain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lagi tinggi lagi mengawan, Dapat sikit batu lebah; Abang pergi hati merawan, Hendak tinggal bukannya mudah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rambai lebat di tepi padi, Lagi dijurai lagi ditutuh; Kalau boleh bagai di hati, Rambut sehelai belah tujuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Merak hijau di cabang pauh, Anak puyu di dalam padi; Lagi kutinjau lagi jauh, Berasa sayu di dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anjing angkat anjing berburu, Anjing berburu di luar kota; Lagi tak dapat lagi dituju, Hendak menyapu arang di muka.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
264

There is no place like home.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...