Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
nanostrandBebenang dengan ketebalan bersaiz nano yang digunakan untuk menghubungkan atau mengikat dua atau lebih struktur molekul. Contohnya, dua bebenang digunakan untuk menghubungkan struktur nukleotid, adenina dan timina kepada pasangan heliks DNA dan begitu juga dua lembar lagi untuk mengikat struktur nukleotid, guanina dan sitosina pada pasangan heliks tersebut. Tebal bagi bebenang ini adalah kira-kira 0.34 nm.
amphiphilicSifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett.
Seebeck effectSatu kesan yang terhasil daripada penjanaan voltan atau daya gerak elektrik, iaitu hasil perbezaan suhu pada dua sambungan logam berlainan dalam litar yang sama. Fenomena ini ditemui oleh T. J. Seebeck pada tahun 1821 dan merupakan asas fizik bagi pembuatan termogandingan. Suatu termogandingan terdiri daripada sepasang wayar logam berlainan, disambung pada kedua-dua hujungnya. Satu hujung dibiarkan pada suhu rendah (biasanya direndam di dalam ais), sementara hujung yang satu lagi dibiarkan pada suhu yang lebih tinggi. Daya gerak elektrik terjana hasil daripada kesan Seebeck.
1
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.



Lihat selanjutnya...