Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya agak keliru dengan penggunaan istilah kurun dan abad. Bilakah kata tersebut digunakan untuk memaknai 'century'?Kurun dan abad membawa maksud yang sama, iaitu jangka masa seratus tahun. Perkataan tersebut mula digunakan secara meluas apabila terakam dalam kamus.Makna25.12.2018
KEGEMILANGAN KRJAAN MELAYU DIPUNCAK / MEMUNCAK PD KURUN 15. SILA BETULKANAyat yang betul ialah kemuncak kegemilangan kerajaan Melayu adalah pada kurun ke-15.Tatabahasa04.03.2009
kerelevanan peristilahan dan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dalam konteks kurun ke-21 dan cabarannya.Secara umumnya selagi bahasa Melayu ini terus berkembang selagi itulah segala aspek perancangan bahasa dan sistem yang terkandung di dalamnya turut berkembang dan relevan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun persoalan saudara ini perlu dijawab melalui kajian dan pembacaan yang banyak, saya sarankan saudara rujuk buku/makalah yang berkaitan juga kajian sarjana dan kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar bahasa dan linguistik. Lain-lain20.11.2010
Saya ingin bertanya tentang... Bilakah Islam datang di Nusantara?

Ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak yang menunjukkan umat Islam sudah menetap di Nusantara, lama sebelum wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Untuk maklumat lanjut dan tepat saudara boleh merujuk buku-buku sejarah atau makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Lain-lain07.01.2011
Bagaimanakah karya-karya kreatif yang berkualiti dalam bahasa melayu mampu memartabatkan bahasa melayu?Pemartabatan bahasa Melayu melalui karya kreatif telah bermula pada kurun ke-15. Pada masa itu, karya-karya kreatif klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-lain telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan tinggi di Kepulauan Melayu. Dalam konteks masa kini, karya-karya kreatif sastera seperti puisi, cerpen, novel, pantun, seloka, gurindam, dan lain-lain menjadi wahana bagi menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penghayatan bahasa Melayu melalui karya kreatif ini secara tidak langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa budaya tinggi.Lain-lain06.05.2010
apakah maksud geliung ? dan maksud rasional ?

1. Geliung bermaksud sejenis kapal layar yang besar di Eropah yang digunakan sebagai kapal perang atau kapal dagang dari kurun ke-15 hingga ke-18

2. Rasional bermaksud i. alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan ii. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras  

Makna11.11.2011
boleh tolong nyatakan contoh kata sendi nama menunjukkan masa.Berikut merupakan kata sendi nama yang menunjukkan masa:
1. pada = ...pada tengah malam yang sunyi.
2. dari = ...dari kurun ke-18.
3. ke = ... dari pagi ke petang
4. sejak= ... sejak dua tahun yang lalu
5.hingga/sampai = ...berjaga hingga pagi/ ...mengaji al-Quran sampai dinihari.
Tatabahasa12.03.2013
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya.Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini.Istilah16.11.2009
Salam sejahtera, saya kadang-kadang mempunyai masalah membezakan penggunaan ke, pada, kepada, dari dan daripada. Diharap saya boleh mendapatkan penerangan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh:

i. Angin bertiup kencang dari arah selatan
ii. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi
iii.Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.


Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. Wang itu ada pada ibu.

Tatabahasa20.01.2013
Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan dengan lebih tepat perkataan "dari" dan "daripada"?

Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Contoh:

a) Menunjukkan tempat atau arah
  • Angin bertiup kencang dari arah selatan.
  • Bola itu ditendang dari penjuru padang.
b) Menunjukkan waktu atau masa
  • Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan barangan itu.
  • Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contoh:

a) Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
  • Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
  • Daripada siapakah gerangan surat ini?
  • Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.
  • Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
  • Ukiran itu diperbuat daripada logam.
  • Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru.
c) Menunjukkan perbezaan atau perbandingan
  • Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.
  • Perangai Ahmad berbeza daripada perangai abangnya.
  • Kami tiba lebih lewat daripada mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 268 hingga 272.

Tatabahasa05.11.2023
1
Tesaurus
 
kurun (kata nama)
Bersinonim dengan abad, seratus tahun, masa seratus tahun;,
Kata Terbitan : berkurun,