Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
abadjangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemi­lang­an (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya; berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
abadmasa seratus tahun: ~ kedua puluh waktu antara tahun 1901 hingga tahun 2000. berabad-abad beberapa abad (lamanya); beratus-ratus tahun: Permusuhan antara kedua-dua kaum itu telah bermula sejak ~ yg lalu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
abadmasa seratus tahun:~ kedua puluhwaktu antara tahun 1901 hingga tahun 2000. berabad-abad beberapa abad (lamanya); beratus-ratus tahun: Permusuhan antara kedua-dua kaum itu telah bermula sejak ~ yg lalu.Kamus Pelajar
kurunmasa seratus tahun; abad: Agama Islam telah wujud di dunia ini sejak empat belas ~ yg lalu. ~ kedua puluh masa antara tahun 1901 hingga tahun 2000. ~ Masihi kurun yg dikira sejak tarikh lahirnya Nabi Isa. berkurun-kurun beratus-ratus tahun; berabad-abad.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kurunjangka waktu seratus tahun, abad: orang Eropah mula sampai ke Melaka hampir lima ~ yg lampau; ~ Masihi kurun yg mula dihitung sesudah lahirnya Nabi Isa; ~ yg kesembilan belas jangka waktu dr tahun 1801 hingga tahun 1900; berkurun-kurun beratus-ratus tahun, ber­abad-abad: adat yg sudah ~ dianuti tidak mudah dapat dihapuskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
wau II1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahun wautahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
ribubilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang me­ninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu di­bahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ribu Ibilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dua(jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah syahadat; ~ puluh (jum­lah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang; dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja; berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; berdua-dua ® dua-dua; berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar; mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, per­buatan, dll): bunyi gendang itu hanya se­gelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); menduai menggenapkan jadi dua, menam­bah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah); menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melaku­kan spt) ada yg berkuasa selain Allah; menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan; menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah; perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll); berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung; memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu; memperduakan 1. = menduakan; 2. me­nyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawah­kan; kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-dua­nya, keduanya dua-dua(nya): kedua-dua­nya tergelak kecil, lalu meneruskan per­jalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam; penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seratus tahun