Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Buah nangka kulit berduri, Sudah masak rasanya manis; Patah cinta·sakitlah hati, Mata bengkak kerana menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Umpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut; Kalau nyawaku di hujung kuku, Nyawa kau juga di hujung rambut.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ati-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Akar tanjung pagar selasih, Balung kulit berisi serai; Alangkah teruk menanggung kasih, Tak sebab kulit tulang bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.



Lihat selanjutnya...