Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggal jangat pemalut tulang.

Takrif

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk.

Takrif

Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggal kulit pemalut tulang.

Takrif

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buka kulit, ambil (= tampak) isi.

Takrif

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bercabik kulit belumlah tentu, bercabik kain bolehlah.

Takrif

Belum dapat diharap dengan kerja yang susah-susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memakai kulit harimau.

Takrif

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebal kulit muka.

Takrif

Orang yang tidak tahu malu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Embacang buruk kulit.

Takrif

Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggal tulang dengan kulit.

Takrif

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal jangat pemalut tulang, b. Tinggal kulit pemalut tulang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan liat kurang panggang.

Takrif

Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.



Lihat selanjutnya...