Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
skin creamCecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer.
tissue repairProses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan.
elastinProtein kenyal pada tisu yang bersambungan antara satu sama lain dan membenarkan tisu pada badan kembali kepada bentuk asal selepas regangan atau kecutan. Protein ini membantu kulit kembali kepada struktur asal selepas dicubit atau ditekan. Elastin terdiri daripada asid amino, glisina, valina, alanina, dan pralina. Elastin pada dinding arteri muncul dalam bentuk helaian atau membran yang berlubang dalam pelbagai saiz.
collagenSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.
sol-gel glass formingAlat khas bagi menghasilkan sfera kaca berskala nano. Sfera kaca ini digunakan untuk pengkapsulan enzim bagi melindunginya daripada serangan kimia dan fizik persekitaran atau digunakan juga untuk pengkapsulan minyak tengik dalam krim kulit supaya tidak berbau busuk dan memedihkan mata.
1
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.



Lihat selanjutnya...