Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Gedek ditulis dengan huruf besar atau kecil? Contoh ayat: Pada masa dahulu, dram gedumbak ini juga digunakan dalam ensembel Wayang Kulit Gedek di negeri Kedah. | Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Gedek perlu ditulis dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan nama khas. | Ejaan | 15.05.2024 |
Pengunaan bahasa yang betul: Saya ingin meminta nasihat untuk ayat di bawah: "Berkemungkinan membahayakan kepada kulit" atau "Berkemungkinan membahayakan kulit" | Ayat yang betul ialah "...membahayakan kulit'. Perkataan 'membahayakan' ialah kata kerja transitif iaitu kata kerja yang mesti diikuti objek iaitu kulit. | Tatabahasa | 24.01.2014 |
Kulit kacang Dan kuaci serta plastik pembungkus makanan ( )di atad meja Dan permaidani itu. Berserakan /Bersepahan Kedua-Dua jawapan Ini boleh terima ? Terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.07.2016 |
saya mahu bertanya. Nipis macam kulit bawang @ tipis macam kulit bawang? Manakah satu yang lebih tepat? | Kedua-duanya boleh bertukar ganti. | Makna | 30.07.2007 |
Nipis macam kulit bawang @ kertas tulis / Tipis macam kulit bawang @ kertas tulis. Yang manakah lebih sesuai. Tipis atau nipis untuk kulit bawang dan kertas tulis? | Kedua-duanya boleh bertukar ganti. | Makna | 30.07.2007 |
Apakah terjemahan bagi 'book cover' atau 'novel cover'? | Terjemahannya ialah kulit buku dan kulit novel. | Lain-lain | 21.07.2021 |
"kotoran yang melekat kulit" atau "kotoran yang melekat pada kulit" berdasarkan pengetahuan saya, yang betul ialah yang pertama kerana kata kerja transitif perlu diikuti dengan objek. | Yang betul ialah "kotoran yang melekat pada kulit". "Melekat" ialah kata kerja tak transitif dan kata sendi nama "pada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan tempat. | Tatabahasa | 15.05.2023 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan perkataan "exfoliant"? Adakah "penggelupas" boleh digunakan? "exfoliant" bermaksud sesuatu yang dipakai untuk mengupas kulit mati dari kulit. Contohny seperti scrub. Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai ialah "Mengelupas". | Makna | 27.09.2017 |
frasa mana yang betul? 1) kedinginan air terasa mencubit kulit. 2) kedinginan air terasa kulit dicubit-cubit. | Frasa yang betul ialah "Kedinginan air terasa seperti kulit dicubit-cubit." Kata sendi nama "seperti" digunakan untuk menyatakan maksud perbandingan. | Tatabahasa | 07.12.2020 |
Baby's skin deserves the best care from nature. Suggested translations:- 1. Kulit bayi patut menerima penjagaan yang terbaik daripada alam semula jadi. 2. Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. 3. Kulit bayi perlu diberikan penjagaan yang rapi berasaskan sumber semula jadi. Appreciate if you could advise which translation is correct. Thanks. | Padanan yang sesuai untuk terjemahan tersebut ialah Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2019 |