Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERAYAUAN KUTUBPerubahan ketara kedudukan titik kutub magnet Bumi terhadap masa.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
KESAN CORIOLIS

Kesan Coriolis ialah kesan ketara putaran bumi

terhadap gerakan sebarang benda yang bergerak

merentasi permukaan bumi. Kesan Coriolis

amat kecil untuk dirasai atau dilihat apabila

seseorang itu berjalan kaki atau memandu sebuah

kenderaan. Tetapi ia memberi kesan yang amat

kuat terhadap laluan-laluan objek yang terbang di

udara di atas permukaan bumi.

UMUM
YU RIMAU

Yu rimau mendapat namanya daripada jalur

berwarna gelap yang ketara di belakang dan

sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah

kelabu kebiruan.

UMUM
MENDELSOHN, ERIC

Mendelsohn, Eric (18871953) ialah arkitek

Jerman yang terkenal kerana gaya geometrinya

yang ketara. Mendelsohn cuba mencipta seni bina

industri dan komersial yang baru dan ekspresif.

Binaannya yang paling terkenal ialah Menara

Einstein (1924), iaitu makmal dan balai cerap di

Potsdam, Jerman. Bangunannya menampilkan

lengkok-lengkok besar yang menjadi ciri karya

Mendelsohn.

UMUM
SKOLIOSIS

Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku

pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes,

keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun

ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih

banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan

daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat

menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh

menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang

boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru,

dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian

boleh juga membawa kepada masalah psikologi.

Para doktor masih belum dapat mengetahui

puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes

skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya

berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan

sejak lahir.

UMUM
REDSHANK

Redshank ialah burung randuk di Eropah dan

utara Asia. Pada musim pembiakan, kedua-dua

jantina burung ini mempunyai tompok putih yang

ketara pada sayapnya, bulu ekor yang berjalur

putih dan hitam, serta paruh dan kaki yang

berwarna jingga merah terang.

UMUM
MUTASI

Mutasi ialah perubahan bahan keturunan dalam

sel sesuatu organisma. Dengan mengubah bahan

ini, mutasi mengubah ciri-ciri tertentu. Sesetengah

mutasi menghasilkan perubahan yang ketara.

Misalnya, jenis anggur yang dinamakan Concord

adalah hasil daripada mutasi. Mutasi ini

menyebabkan pokok anggur liar menghasilkan

anggur yang lebih besar dan lebih manis daripada

sebelumnya. Mutasi boleh diturunkan kepada

generasi akan datang.

UMUM
EUTROFIKASI

Eutrofikasi ialah proses yang mempunyai kesan

ke atas tasik dan jasad air yang lain. Semasa proses

eutrofikasi, kualiti air yang terlibat akan turun

begitu ketara sehinggakan air ini tidak lagi boleh

digunakan oleh manusia

UMUM
BURUNG TIT

Burung tit ialah nama bagi lebih daripada 50

spesies burung nyanyi yang kecil. Kebanyakannya

mempunyai pipi yang berwarna pucat atau putih

yang berbeza ketara dengan tanda hitam atau

gelap di kepalanya yang kelihatan seperti topi.

Sesetengah spesiesnya mempunyai jambul.

Paruhnya pendek dan kuat.

UMUM
BARANGAN

Barangan ialah benda yang mempunyai sifat fizikal atau keluaran ketara.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
Tesaurus
 
ketara (adjektif)
Bersinonim dengan kentara, nyata, tampak, nyata sekali, jelas sekali, terang kelihatan, waleh, berterang-terang, terang-terang;,

Puisi
 

Pandailah pandai membelah buah,
     Buah dibelah pakailah parang;
Pandailah pandai membawa olah,
     Jangan ketara di muka orang.



Lihat selanjutnya...