Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah pihak DBP terlibat secara langsung dalam memelihara Sumber Sejarah dan Kebudayaan Negara

DBP terlibat secara langsung dalam memelihara sumber sejarah dan budaya negara khasnya warisan ketara dan tak ketara. Bagi warisan tak ketara, DBP memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, yang juga matlamat utama penubuhan DBP. Pelbagai program juga dilaksanakan untuk memelihara dan mengembangkan penulisan dan sastera Melayu khasnya pantun, syair, gurindam melalui festival, seminar dan bengkel dari peringkat kanak-kanak, dewasa,pelajar dan kakitangan awam serta swasta.

Bagi warisan tak ketara, koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan jawi telah tersenarai dalam "Memory of the World Register" pada tahun 2001 sebagai salah satu dokumentari warisan dunia. Sila lawati laman Unesco di http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

Lain-lain29.07.2008
Apakah perbezaan ketara antara Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah dengan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia yang ditulis oleh Hassan Alwi? Umum mengetahui Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik untuk menghuraikan konsep tatabahasa, apakah pula pendekatan yang digunakan dalam Tata bahasa bahasa Baku Indonesia?Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kertas kerja seminar bahasa atau makalah yang ada membincangkan ciri-ciri dan perbandingan antara dua buku tatabahasa tersebut.Lain-lain01.06.2013
apakah perbezaan ketara antara homonim dengan polisemi kerana satu perkataan itu mempunyai banyak makna ?

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contoh: 1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga)  

2. semak (kaji) : semak (kusut)

Polisemi ialah kata yang mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya. Contoh:

1. kepala (orang)  : kepala (kumpulan samseng) : kepada (kain sarung) 

Istilah07.04.2009
yang mana betul perkataan ketara sedar atau ketarasedarketara sedarEjaan11.10.2018
Assalamualaikum apakah perbezaan perkataan ketara dan kentara? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "kentara" sama dengan "ketara".Makna04.06.2022
Kenapa frasa 'makin hari semakin ketara' salah? Tolong beri penjelasan. Terima kasihFrasa ini tidak salah tetapi tidak baku. Yang betul ialah 'Semakin hari semakin ketara'.Tatabahasa12.02.2008
1.Cadangan yang disampaikan oleh pegawai sukan itu (jelas/nyata) demi meningkatkan prestasi sukan negara. Jawapan jelas atau nyata betul? Boleh berikan penerangan? Terima kasih!

Saudara,

Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara">ketara dan  pasti. Oleh itu kedua-duanya boleh digunakan secara saling berganti.

Tatabahasa27.07.2010
Salam.. apakah perbezaan yang ketara bagi sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi?

Puan,

Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye.

Lain-lain08.07.2010
Apakah perbezaan yang ketara (jika ada) antara perkataan baru dan baharu. Terima kasih.Penggunaan baharu dan baru mempunyai maksud yang sama. Rujuk Kamus Dewan : kata baharu sila rujuk baru. Namun, dalam penggunaannya terdapat perbezaan, iaitu bagi maksud just, contoh: Dia baru sampai dari Pulau Langkawi; dan bagi maksud new, contoh: Ali membeli baju baharu.Istilah25.02.2010
1. Apakah perbezaan yang ketara antara "nada" , "ujaran" dan "intonasi" ? Berikan contoh. 2. Bolehkah nyatakan perbezaan yang jelas antara "bidalan" dan " pepatah"? Apabila diberi suatu "peribahasa", sukar untuk saya mengklasifikasikan peribahasa tersebut sama ada "bidalan" atau "pepatah".Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nada ialah bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll). Ujaran pula ialah sesuatu yg diucapkan atau disebutkan. Manakala makna intonasi ialah  turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). Bidalan dan pepatah ialah sama. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.04.2009
Tesaurus
 
ketara (adjektif)
Bersinonim dengan kentara, nyata, tampak, nyata sekali, jelas sekali, terang kelihatan, waleh, berterang-terang, terang-terang;,

Puisi
 

Pandailah pandai membelah buah,
     Buah dibelah pakailah parang;
Pandailah pandai membawa olah,
     Jangan ketara di muka orang.



Lihat selanjutnya...