Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
adakah maksud kesempatan sama dengan maskud kelapangan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.  

Kelapangan bermaksud:

1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit. 

2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah.

3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan.

Makna16.04.2011
Mohon beri pandangan ayat di bawah dan mohon betulkan. Dalam kesempatan ini sukacita saya merakamkan ucapan terima kasih kepadaKlausa yang boleh digunakan ialah Dalam kesempatan ini,  sukacita saya merakamkan ucapan terima kasih kepada...  dan  Dalam kesempatan ini,  saya mengucapkan terima kasih kepada...Tatabahasa03.09.2014
Salam sejahtera. Saya ada satu kemusykilan. Diharap pihak Tuan dapat membantu saya. Di/Dalam/Pada kesempatan ini, YB turut melawat tapak-tapak gerai. Yang mana satu betul ya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pada kesempatan ini, YB turut melawat tapak gerai."Tatabahasa29.08.2019
buruh asing mengambil kesempatan dengan mendirikan (penempatan, petempatan) secara haram. tuan, penempatan atau petempatan yang betul?Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks.Tatabahasa27.01.2012
Adakah ayat berikut tepat; " Di kesempatan ini, Saya ingin merakamkan jutaan terima-kasih kepada Pihak Sekolah kerana sudi mejemput Saya ke Majlis ini." Penekanan soalan Saya adalah kepada perkataan " ingin"; Yakni, adakah betul perkataan tersebut digunakan kepada ayat tersebut kerana menurut bekas Pensyarah Saya perkara "ingin"tidak betul digunakan pada ayat seperti tersebut di atas.

Tidak perlu kata 'ingin' dalam ayat tersebut kerana ingin bermaksud berasa mahu sedangkan dalam situasi tersebut saudara telah menyatakan rakaman perasaan tersebut.

Tatabahasa09.12.2011
Adakah ayat Saya berikut betul? Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk memohon maaf....Penggunaan perkataan "ingin" sesuai ke?

Betul. Sila betulkan ejaan di sini. (harus dijarakkan).

Tatabahasa08.09.2009
apakah maksud eksploitasi?Menurut Kmaus Dewan Edisi Empat ekploitasi ialah perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.Tatabahasa01.02.2013
Assalamualaikum Wr. Wb. Terimkasih atas maklumat tentang kesalahan dalam margin pada file yang saya hantar. Pada kesempatan ini, saya hantarkan kembali file yang telah dibetulkan. Mohon bantuannya untuk menyemak ejaan pada abstract, apakah sudah sesuai dengan ejaan melayu dengan benar. Terimkasih.Sila lihat lampiran yang telah dilampirkan.Tatabahasa20.01.2014
Terdapat 1 kesalahan tatabahasa dan 1 kesalahan istilah dalam ayat ini. Mohon pihak tuan tentukan jawapannya. Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu. Sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah "Mereka yang tertipu sebenarnya tidak cuai tetapi tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan mereka itu".Tatabahasa13.09.2015
Apakah makna 'enable' , 'adjust' dan 'intense' di dalam bahasa malaysia? Terimakasih.Merujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, makna bagi 'enable' ialah membolehkan ; memungkinkan; memberikan kesempatan. Manakala makna 'adjust' pula ialah menyesuaikan; membetulkan; melaraskan. Makna 'intense' ialah amat sangat; mendalam; kuat; hebat; sunguh-sunguh; penuh perasaan. Untuk rujukan seterusnya, sila rujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, terbitan DBP. Harap Maklum.Makna22.12.2006
Tesaurus
 
sempat (adjektif)
Bersinonim dengan ada peluang, sampang, kober, masih ada masa;,
Kata Terbitan : menyempat, menyempatkan, kesempatan, berkesempatan,