Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang kelat masak merkah, Bawa budak dalam raga; Bulan gelap tanah lecah, Kasihku baik jarang berjumpa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kayu jelutung kayu di rimba, Mati bertimpa kayu kelat; Sudah untung kita berdua, Umpama ikan dalam belat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Raja Ainon jalan ke selat, Pulau Pinang pasirnya halus; Air kuminum terasa kelat, Usahkan kenyang bertambah haus.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.
1
Tesaurus
 
kelat (adjektif)
Bersinonim dengan perat, rasa hampir-hampir pahit, masam, sepat, sepet.,

Puisi
 

Buah berembang pedada kelat,
     Petik oleh budak-budak;
Putus temberang kusambung kelat,
     Datang perahu belayar juga.



Lihat selanjutnya...