Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pisang kelat masak merkah, Bawa budak dalam raga; Bulan gelap tanah lecah, Kasihku baik jarang berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa tanda si pinang kelat, Bila dimakan terasa malan; Apa tanda orang beradat, Dada beriman laku pun sopan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Biji delima-dimakan orang, Rasanya kelat bercampur masam; Hati merana bukan kepalang, Dinda kuingat siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah kedarah buah kepayang, Buah kelat julat berjulat; Pada saudara hendaklah sayang, Pada sahabat hendaklah taat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tesaurus
 
kelat (adjektif)
Bersinonim dengan perat, rasa hampir-hampir pahit, masam, sepat, sepet.,

Puisi
 

Buah berembang pedada kelat,
     Petik oleh budak-budak;
Putus temberang kusambung kelat,
     Datang perahu belayar juga.



Lihat selanjutnya...