Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
saya ingin bertanya 'apakah rasa sebenar buah mangga muda sama ada ianya masam atau kelat'.Manakah jawapan yang paling tepat sekali

Jawapan yang tepat ialah masam.

Lain-lain17.10.2012
Salam sejahtera ! Soalan saya masih berkaitan dengan jawapan tuan tentang kata lawan 'manis' ialah ' masam' Berikut ialah soalan sepenuhnya ; Kopi yang dibuat olehh ibunya sangat 'manis' Pilih perkataan berlawan bagi 'manis' A masam B kelat C pahit D masin Adakah jawapannya patut kekal 'masam' walaupun janggal dalam ayat tersebut atau boleh dijawab 'pahit' walaupun tidak mematuhi daftar kata lawan. Terima kasihSalam Sejahtera. Kata lawan perlu dilihat dalam konteks penggunaannya. Dalam hal ini, jawapan kata lawan "manis" ialah "pahit".Tatabahasa13.08.2014
Assalamualaikum.... 1. Apakah maksud 'tawas' secara terperinci? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. 2. Apakah maksud 'ekahala'? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya.Tawas ialah sejenis garam galian berwarna putih serta kelat rasanya, manakala ekahala bermaksud mempunyai atau mengikut satu hala sahaja.Makna16.01.2010
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ).Jawapan 1:
B. kuncup

Jawapan 2:
D. likat

Jawapan 3:
A. tepi
Tatabahasa12.03.2013
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata

Dua belas bintang di langit,

Bintang diraja dari Melaka;

Kata tuan pinang bergigit,

Kapur bercampur air mata

 

Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.10.2009
1
Tesaurus
 
kelat (adjektif)
Bersinonim dengan perat, rasa hampir-hampir pahit, masam, sepat, sepet.,

Puisi
 

Buah berembang pedada kelat,
     Petik oleh budak-budak;
Putus temberang kusambung kelat,
     Datang perahu belayar juga.



Lihat selanjutnya...