Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Airlah dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hatilah karam bertambah karam, Karam merindu orang yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sifat perahu berpantang karam, Bila karam binasalah sampan; Adat Melayu pantang berdendam, Bila berdendam binasalah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak Cina karam di Beting, Yang seorang pandai berenang; Bunga banyak boleh disunting, Bunga tanjung dicari orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang mengetam pulut, Saya seorang mengetam padi; Ramai orang karam di laut, Saya seorang karam di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang menanam pulut, Saya seorang menanam padi; Banyak orang karam di laut, Saya seorang karam di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
karam (kata kerja)
Bersinonim dengan tenggelam, kelebu, dimasuki air, digenangi air;,
Kata Terbitan : mengaramkan,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.



Lihat selanjutnya...