Kata |
Takrif |
Sumber |
ayam I | 1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~; ~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallopavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg dipelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg diternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kembiri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinantan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disembelih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda; ~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya; ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada prb kejahatan yg sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sendiri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal pekerjaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau sesuatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb dikatakan kpd orang yg mengerjakan perbuatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikatakan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb dikatakan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (mengeram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan; ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk permainan); 2. ayam-ayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kais | ; mengais, mengais-ngais 1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan); mengaiskan 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hand | force sos ~, memaksa sso utk + v phr: the riots forced the governments ~ and they had to implement the reforms more quickly than they had originally planned, rusuhan itu memaksa kerajaan bertindak dan mereka terpaksa melaksanakan pembaharuan lebih cepat drpd apa yg dirancangkan terlebih dahulu; from ~ to mouth, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang: living from ~ to mouth, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang; /get, give/ a big ~, /mendapat, memberikan/ tepukan gemuruh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kekai | 1 kais; 2 sj alat drpd kayu berbentuk spt cangkul utk mengais-ngais pati rumbia yg mendak dlm tapis; wak ~ suab kinan suab, wak ~ abei bak kan abei prb kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Melanau Mukah | |
|
|