Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga.

Takrif

Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Lihat juga: Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). paku = pakis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Takrif

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.

Takrif

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.

Takrif

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga.

Takrif

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.

Takrif

Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga.

Takrif

Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepanjang-panjang tali berhujung juga.

Takrif

Biar berapa lama juga hidup, akhirnya akan mati juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.



Lihat selanjutnya...