Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; ujian ; Novel ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SATELIT TIRUAN

Satelit tiruan ialah objek buatan yang

mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara

berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan

mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk

mengkaji alam semesta, membantu dalam

peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon

merentas lautan, membantu pengemudian kapal

dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian

dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan

peralatan tentera di bumi.

UMUM
HUKUM JASAD JATUHUMUM
SATELIT

Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang

beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan

satelit bermaksud penjaga. Bulan kita yang

mengelilingi bumi dalam perjalanannya

mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad

yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang-

bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya

gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang

yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang

berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh

planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit.

Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit;

Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan

2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan

Zuhal dengan 18.

Lihat rencana planet yang berasingan, seperti

Musytari .

UMUM
PASIR JERLUS

Pasir jerlus ialah jasad pasir yang amat halus.

Pasir jerlus ini biasanya terdapat di dasar sungai

dan tepi pantai. Jasad pasir ini mempunyai sifat

cecair disebabkan air yang mengalir melalui butir-

butir pasir dan menghalang pasir-pasir itu

daripada mendap.

UMUM
MEDAN ELEKTRIK

Medan elektrik wujud dalam ruang di

sekeliling jasad bercas dan boleh dikesan melalui

kesannya ke atas jasad bercas yang lain dalam

medan itu.

UMUM
PENJELAJAHAN BIJIHKerja menjejaki jasad bijih yang ekonomi untuk dilombong.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
BALISTIKKajian sains tentang jasad yang dilancarkan menerusi ruang.FIZIKKonsep
FORMASI MACINCANGTinggalan daripada jasad organik organisma atau kelongsong jasadnya yang telah mengeras dan terawet secara semula jadi dalam batuan di kerak bumi. Fosil berasal daripada perkataan Latin fossilis, yang bererti suatu benda yang diperoleh daripada penggalian lubang.... Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
HALAJU

Halaju ialah kadar sesuatu jasad bergerak dalam

ruang dalam arah yang diberi

UMUM
PEREKATAN

Tarikan molekul yang dikenakan antara dua jasad atau dua bahan yang bersentuh.

FIZIKProses/Tindak Balas
Tesaurus
 
jasad (kata nama)
Bersinonim dengan badan, tubuh, jisim;,