Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Indah-indah bawa bertandang, Pucuk pauh kicap manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bulan purnama indah mengambang, Nampak dari Tanjung Bidara; Sudah lama saya berdagang, Mencari lain belum berjumpa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pulau Pinang pulaunya indah, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang sejarah yang sudah, Berlinang lebih si air mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain songket berkodi-kodi, Tersusun indah di atas peti; Biarpun sedikit bernama budi, Guna menempah jasa bakti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah.
Tesaurus
 
indah
Rujuk :cantik

Puisi
 

Rendah-rendah bunga macang,
     Mari kait bunga kekati;
Indah-indah abang datang,
     Air ada pembasuh kaki.



Lihat selanjutnya...