Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari.

Takrif

Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Takrif

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.

Takrif

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.

Takrif

Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai di kayangan.

Takrif

Merasa senang pada suatu tempat yang indah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menumbuk padi hampa.

Takrif

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau tak sir berdegak, sir melayang.

Takrif

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
indah
Rujuk :cantik

Puisi
 

Rendah-rendah bunga macang,
     Mari kait bunga kekati;
Indah-indah abang datang,
     Air ada pembasuh kaki.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...