Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat petang, saya ingin tanya mengenai bila saya boleh menggunakan perkataan "ikrar" dan konteks-konteks di mana saya boleh menggunakan "mengikrar", "mengikrarkan", "diikrar" dan sebagainya. Misalnya saya 'mengikrar' atau 'mengikrarkan' afidavit. Sebarang pertolongan yang diberi amat dihargai. | Untuk melihat konteks penggunaan perkataan, sila rujuk kamus dan lihat contoh penggunaan sesuatu kata dasar dan kata terbitannya. Contohnya, perkataan ikrar digunakan dalam konteks ayat yang berikut, ikrar dilafazkan oleh peserta kursus pada akhir majlis. Tidak ada perkataan mengikrar yang ada ialah mengikrarkan seperti ayat rakyat negeri ini mengikrarkan kesediaan mereka untuk membela ibu pertiwi. | Tatabahasa | 24.04.2014 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih. | Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. | Tatabahasa | 05.06.2012 |
pohon contoh surat akujanji dalam bahasa malaysia untuk sediakan akujanji akan pindahkan rumah sebagai balasan pertolongan kewangan | Dalam konteks ini, surat yang sesuai ialah perjanjian antara kedua-dua pihak. Surat aku janji digunakan sebagai ikrar, misalnya dalam perkhidmatan awam. | Lain-lain | 24.09.2009 |
Penggunaa perkataan bahawa atau bahawasanya yang mana lebih tepat untuk dituliskan pada permulaan ayat. | Sdr Woon, Dua contoh kata hubung komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: (1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Untuk makluman sdr, kata bahawa sinonim (kata yang sama atau hampir sama) dengan kata bahawasanya, sesungguhnya, dan sebenarnya. Oleh hal yang demikian, sdr boleh menggunakannya kata hubung ini dalam pembinaan sesuatu ayat. Walau bagaimanapun, kata bahawa jarang-jarang digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam laras undang-undang. Contohnya dalam ikrar majlis rasmi: Bahawasanya kami berjanji akan taat setia kepada raja dan negara. | Tatabahasa | 21.03.2009 |
|
|