Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
syahadatAr 1. kesaksian, pengakuan; 2. = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya; 3. sijil, ijazah, syahadah; bersyahadat 1. mengucapkan kalimah sya­hadat: Ali mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula; 2. = anak tidak ~ anak di luar nikah, anak haram; pensyahadatan perbuatan bersyahadat: upacara ~ beramai-ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
syahadat1 perbuatan mengaku atau menerima; pengakuan. 2 = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasul-Nya. 3 sijil tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengakuanhal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengakuan imanperihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengakuan1. perihal (perbuatan, pernya­taan) mengaku atau mengakui: dia telah mem­buat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengakuanhal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan.Kamus Pelajar
ikrarAr 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpah I1 pengakuan yg dibuat bahawa apa-apa yg dikatakannya itu benar (biasanya dgn menyebut nama Tuhan). 2 pengakuan bahawa apa-apa yg dikatakannya itu memang benar dan berani melakukan sesuatu atau berani ditimpa sesuatu jika pengakuannya tidak benar. 3 janji atau ikrar yg teguh utk melakukan sesuatu: Baginda telah melafazkan ~ akan memerintah dgn adil dan saksama. 4 kata-kata yg buruk atau yg keji utk mengutuk orang: Dia sakit lumpuh mungkin kerana terkena ~ orang-orang yg dianiayanya. bersumpah 1 menyatakan kebenaran (sesuatu perkara) dgn sumpah; mengangkat sumpah: Sekalian saksi disuruh ~ dahulu. 2 berjanji sungguh-sungguh akan melakukan atau akan mematuhi sesuatu; berikrar: Dia ~ tidak akan mensia-siakan isterinya. bersumpah-sumpahan saling melafazkan sumpah; saling berteguh janji. menyumpah 1 mengucapkan kata-kata atau harapan yg tidak baik: Dia ~ kerana nasi bekalnya dihurung semut. 2 mengenakan sumpah pd; mengutuk: Mereka semua ~ pegawai yg munafik itu. mempersumpahkan 1 membuat pengakuan ttg sesuatu perkara dgn bersumpah. 2 menyuruh atau membiarkan bersumpah. sum­pahan apa-apa atau sesuatu yg di­sumpah. persumpahan perbuatan atau hal bersumpah. penyumpahan perbuatan atau hal menyumpah. penyumpah orang yg menyumpah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
baiatpengakuan taat setia yg diberikan kpd pemimpin. berbaiat memberikan pengakuan taat setia kpd pemimpin. pembaiatan upacara atau majlis memberikan baiat.Kamus Pelajar
pengiktirafan1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakuan;