PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Bragg law | | | Hukum Bragg ditakrifkan sebagai n? = 2d sin? iaitu hukum yang menerangkan sifat permukaan hablur bahan yang memantulkan sinar-X pada sudut tertentu (?, ?), dengan n = tertib, ? = panjang gelombang, d = jarak kekisi dan ? = maksimum belauan. |
Moores law | | | Satu hukum yang menyatakan bilangan transistor yang dimuatkan pada cip ingatan bertambah dua kali ganda setiap satu setengah tahun. Hal ini disebabkan kemajuan dalam faktor reka bentuk seperti keberkesanan penyambungan dalaman dan pengecilan saiz komponen. |
size effect | | | Kesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum. |
|
Puisi |
---|
|
Timah peteri dengan besi, Dicantum dengan paku Belanda; Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda.
Lihat selanjutnya... |
|